ASAL USUL KAMPUNG SITIAWAN
Kampung Sitiawan telah dibuka oleh seorang pedagang Melayu dari Kelantan yang bernama Kulop Mat Hassan pada sekitar tahun 1820-an. Oleh kerana kedudukannya di pinggir Sungai Sitiawan, ia pesat membangun sebagai sebuah pelabuhan perdagangan. Terdapat banyak kapal dagang dan tongkang berlabuh dan menjadi pusat pengumpulan barang dagangan, hasil pertanian dan bijih timah dari kawasan pedalaman seperti Beruas dan Parit.
Kampung Sitiawan juga menjadi Pusat Pentadbiran Negeri-Negeri Selat sehingga kini terdapatnya Bangunan Mahkamah yang membicarakan kes-kes dari Teluk Intan, Taiping dang Pulau Pinang. Bangunan itukini dijadikan Rumah Pengakap.
Kampung Sitiawan mendapat nama dari cerita kesetiaan dua ekor gajah yang mati bersama kerana keengganan seekor gajah meninggalkan rakannya yang terperangkap di tebing pasir. Nama Kampung Sitiawan diambil daipada perkataan ‘Setiakawan’.